‘Manusia Anjing’ Kata Ramai Orang Ada Impian Nak Jadi Binatang Sepertinya

Sebelum ini tular di media sosial mengenai tindakan seorang lelaki Jepun yang didakwa mengubah dirinya menjadi seekor anjing.

‘manusia anjing’ kata ramai orang ada impian nak jadi binatang sepertinya

Lelaki yang dikenali sebagai Toco mengakui telah membelanjakan lebih AS$14,000 (RM63,525) untuk kostum anjing dari baka Collie, bagi memenuhi impiannya untuk mengubah diri menjadi ‘binatang’.

 

Toco yang kini memiliki lebih 50,000 pengikut di Youtube memberitahu bahawa dia menerima banyak mesej positif dan sokongan daripada orang ramai.

‘manusia anjing’ kata ramai orang ada impian nak jadi binatang sepertinya

Malah menurut Toco, ramai juga meluahkan hasrat mahu menjadi sepertinya.

 

“Saya terima banyak mesej positif. Malah ada yang mengatakan mahu menjadi seperti saya.

“Ini membuatkan saya berfikir bahawa banyak orang diluar sana yang juga ada impian seperti saya,” kata Toco.

Terdahulu, Toco mengubah dirinya untuk menjadi seekor anjing sejak dua tahun lalu sebelum menemui syarikat yang boleh menghasilkan kostum yang diinginkan. Kostum seberat empat kilogram itu kini dipakai Toco dan dia berjalan bagaikan anjing sebenar.

 

Sumber: Indy100