Seorang pemuda Indonesia yang menjual tauhu goreng di gerai tepi jalan menjadi tular gara-gara berbadan sasa dan berwajah kacak.
Segalanya bermula selepas pemuda bernama Ali Siregar berkongsi mengenai kehidupan seharian dia yang menjual tauhu goreng sehingga menjadi popular terutama dalam kalangan pelanggan wanita.
Disebabkan populariti itu juga, ramai pelanggan yang tidak hanya singgah ke gerainya untuk membeli tetapi juga untuk bergambar.
“Jadi selama pandemik, saya memang bertukar profesion, jadi saya berhenti dari pekerjaan dan jual tauhu gejrot, sebelumnya sempat juga jual baju dalam talian,” kata Ali kepada media tempatan.
Ada waktu, lelaki yang kini mempunyai 137,000 pengikut di TikTok itu juga sering memuat naik video ketika berada di pusat kecergasan.
Sumber: detik