Seram! Jam 3 Pagi Anak Patung Tindih Badan, “Nampak Patung Tu Melambai..”

Anak patung merupakan antara mainan yang sering menjadi pilihan ibu dan bapa untuk diberikan kepada anak sebagai peneman.

seram! jam 3 pagi anak patung tindih badan, “nampak patung tu melambai..”

Namun siapa sangka, anak patung itu mampu mendatangkan rasa seram kerana didakwa ‘hidup’ setiap kali jam 3 pagi.

 

Perkongsian oleh Afiqah ini membuatkan dia berasa serik dan trauma untuk menyimpan anak patung itu lagi.

seram! jam 3 pagi anak patung tindih badan, “nampak patung tu melambai..”

Cerita bermula sewaktu Afiqah dan keluarga bercuti dan membeli anak patung mainan ketika berkunjung ke sebuah kampung terpencil dekat Narathiwat, Thailand.

 

Katanya, semasa sedang berjalan di pasar di Narathiwat, terdapat banyak gerai yang menjual anak patung hinggakan dia berasa rambang mata untuk membelinya.

 

Ketika itu, dia terpandang pada satu patung besar yang memakai baju merah berjalur putih, lalu meminta emaknya untuk membelikan patung itu.

seram! jam 3 pagi anak patung tindih badan, “nampak patung tu melambai..”

Keterujaan bermain anak patung itu tidak kekal lama kerana selepas pulang dari bercuti dan pada satu malam, anak patung yang diletakkan pada Afiqah itu telah menghantui dirinya.

 

“Kira-kira jam 3 pagi, saya terjaga dari tidur. Saya rasa sangat sakit pada bahagian perut. Apabila saya buka mata, saya dapati anak patung saya yang memakai baju merah putih itu sedang duduk di atas perut.

“Setelah menyedari saya terjaga, patung itu kemudiannya melambaikan tangannya dan memanggil nama saya berulang kali. Kakak.. kakak.. kata patung itu dengan suara berbisik.

“Saya berasa sangat takut dan terpaku. Tak tahu nak buat apa, jadi saya panggil adik yang berbaring sebelah saya dengan menggoncangkan tubuhnya. Adik tidak memberi respons, dia tak terjaga pun.

“Saya makin cemas, saya pula tak pandai baca ayat Al-Quran masa tu,” kata Afiqah.

seram! jam 3 pagi anak patung tindih badan, “nampak patung tu melambai..”

Beliau kemudian menyelubungkan dirinya dengan selimut sambil terkumat-kamit membaca bismillah berulang kali sehingga tertidur.

 

Keesokkan paginya, Afiqah bertanya pada si adik mengenai perkara itu. Rupanya adiknya sedar dan nampak patung itu duduk diatas Afiqah tapi berpura-pura tidur kerana terlalu takut.

 

Mereka kemudian meminta agar ibu mereka membakar dan membuang patung itu, namun permintaan mereka ditolak kerana kata ibunya anak patung itu dibeli dengan harga mahal.

 

"Takut punya fasal, saya suruhlah mak bakar, tapi dia tak mahu sebab patung-patung tu mahal harganya. Tapi akhirnya mak bakar juga anak patung tersebut setelah melihat betapa takutnya kami.

"Sejak peristiwa tersebut, saya sangat tidak suka bahkan nak memandang anak patung besar pun saya jadi tak berani. Kalau terpandang cepat-cepat saya alihkan pandangan. Ada sedikit trauma yang masih bersisa.

"Berkenaan tanda yang muncul di tangan saya tu, orang setempat mengatakan itu adalah tanda gigitan hantu. Wallahualam. Yang pasti, sampai sekarang tanda itu masih ada di tangan saya," menurutnya lagi.

 

Sumber: Mstar