Saintis Temui Teori Manusia Mungkin Boleh Bernafas Melalui Punggung

Sekumpulan saintis telah melaporkan penemuan mengenai teori kemungkinan manusia sebenarnya boleh bernafas melalui punggung.

saintis temui teori manusia mungkin boleh bernafas melalui punggung

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Clinical and Translational Resource and Technology Insights menyimpulkan teori itu selepas kajian dilakukan ke atas tikus dan khinzir berdasarkan keadaan metabolisme perlahan bagi penyu.

.

Kaedah eksperimen adalah dengan menggosok usus haiwan bagi menipiskan lapisan mukosa yang dapat mengurangkan halangan kepada salur darah. Haiwan-haiwan itu kemudian ditempatkan dalam bilik kurang oksigen.

.

Hasil kajian mendapati 75 peratus haiwan-haiwan itu boleh bertahan lebih lama berbanding haiwan yang tidak digosok salur ususnya. Ini juga menunjukkan terdapat oksigen yang dihirup melalui salur usus mereka.

saintis temui teori manusia mungkin boleh bernafas melalui punggung

Keadaan itu turut membuktikan bahawa tikus dan babi boleh bernafas menerusi usus di bawah keadaan yang betul. Saintis turut percaya, spesis mamalia lain termasuk manusia boleh bertindak sedemikian juga.

.

Bagaimanapun tiada ujian dilakukan ke atas manusia setakat ini dan manusia masih lagi bernafas menggunakan hidung serta mulut dengan sempurna.

.

Sumber: [1]