Hantar Emoji Love Boleh Kena Penjara, Denda Hingga RM111,556

Adakah anda seorang yang gemar menggunakan emoji dalam perbualan chat menerusi laman sosial?

hantar emoji love boleh kena penjara, denda hingga rm111,556

Jika ya, anda mungkin boleh dikenakan tindakan penjara 5 tahun jika berada di Arab Saudi dibawah undang-undang Riyadh.

 

Seorang pakar dalam jenayah siber di Arab Saudi, Al Moataz Kutbi memberi amaran itu kepada orang ramai di Arab Saudi kerana ia dilihat sebagai satu bentuk jenayah gangguan.

 

“Penghantaran emoji itu adalah satu bentuk jenayah gangguan. Selain itu, penggunaan beberapa imej dan ungkapan ketika bersembang dalam talian juga adalah kesalahan sama jika aduan difailkan oleh penerima,” ujar beliau.

 

Jika didapati bersalah, pengirim emoji itu boleh dihukum penjara dua hingga lima tahun dan denda 100,000 riyal (kira-kira RM111,556), seperti ditetapkan di bawah undang-undang di Arab Saudi.

 

Katanya lagi, pengirim juga tidak boleh sewenang-wenangnya terlibat dalam perbualan tanpa persetujuan individu lain yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa tidak selesa, terutamanya apabila menggunakan emoji love.

 

Selain emoji love, emoji bunga ros juga dikaitkan dengan bentuk gangguan seksual yang boleh disabitkan dengan kesalahan.

 

Denda boleh mencecah 300,000 riyal (kira-kira RM335,000) jika pesalah didapati melakukan kesalahan berulang.

 

Sumber: [1]