Gadis Kahwini Sungai Tercemar Bagi Lindung Ia Dari Terus Tercemar

Seorang gadis sanggup mengahwini sebatang sungai yang tercemar bagi melindungi sungai itu daripada terus tercemar.

gadis kahwini sungai tercemar bagi lindung ia dari terus tercemar

Meghan Trump, dilapor telah jatuh cinta dengan sungai ke-19 terpanjang di Britain, Sungai Avon, meskipun ia kotor dan dicemari dengan pelbagai sisa najis manusia.

 

Disebabkan itu, pada tarikh 17 Jun lalu, beliau nekad mengahwini sungai berkenaan, sambil berjanji akan melindunginya daripada pencemaran.

gadis kahwini sungai tercemar bagi lindung ia dari terus tercemar

Menurut Meghan, keputusan pelik itu juga dibuat kerana air sungai itu telah menyebabkan dia dan rakan-rakannya jatuh sakit sebelum ini. Malah, air sungai itu juga membuatkan pakaian renangnya berbau najis.

 

Sumber: Kosmo!