Doktor Suruh Budak Alami Sakit Tekak ‘Makan Aiskrim Coklat dan Main Game Freefire’

Preskripsi merupakan satu bentuk arahan doktor tentang ubat yang harus disediakan untuk pesakit tertentu dan cara menggunakan atau memakannya.

doktor suruh budak alami sakit tekak ‘makan aiskrim coklat dan main game freefire’

Ketika kebanyakkan preskripsi adalah berbentuk ubat-ubatan, seorang doktor di Brazil telah memberikan preskripsi unik, iaitu menyuruh pesakitnya berusia 9 tahun untuk makan aiskrim coklat dan bermain permainan video bagi melegakan sakit tekak.

 

Kejadian berlaku pada 18 Mei lalu selepas ibu kanak-kanak itu membawa anaknya ke sebuah klinik swasta kerana anaknya tidak sihat dan muntah-muntah.

 

Semasa pemeriksaan, doktor itu bertanya sama ada si ibu sudah melihat kerongkong anaknya atau belum, namun doktor itu enggan melakukannya sendiri.

 

Tanpa menjalankan pemeriksaan lanjut, si doktor ini kemudian menulis preskripsi menyenaraikan beberapa ubat-ubatan dan turut menulis juga aiskrim coklat dan bermain permainan video sebagai cara mengubati penyakit dialami budak berusia 9 tahun tersebut.

doktor suruh budak alami sakit tekak ‘makan aiskrim coklat dan main game freefire’

"Dia mula menulis preskripsi tanpa memeriksa anak saya, tanpa melihat kerongkongnya, tanpa memeriksa dadanya, tanpa apa-apa.

“Kemudian dia bertanya kepada anak saya sama ada dia suka aiskrim, anak menjawab ya. Dia tanya coklat atau strawberry, anak saya jawab coklat. Tetapi saya tidak menyangka bahawa dia menulis aiskrim pada preskripsi. Dia menetapkan aiskrim dan permainan video mudah alih Free Fire untuk diambil setiap hari,” demikian menurut si ibu.

doktor suruh budak alami sakit tekak ‘makan aiskrim coklat dan main game freefire’

Berang dengan tindakan dibuat doktor ini, ibu saudara kepada anak kecil itu kemudian membuat satu hantaran di Facebook sebelum kisah menjadi viral.

 

Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada netizen. Ada yang mengecam tindakan tidak profesional doktor, malah ada yang mendakwa segelintir doktor melakukan ini untuk menjaga hubungan baik bersama pesakit mereka.

 

Malangnya, doktor berkenaan telah digantung tugas akibat didakwa melanggar etika profesional dalam memberikan rawatan kepada pesakit.

 

Sumber: Oddity Central