Wanita Ditahan Gagal Pulangkan Tape Video Dipinjam 21 Tahun Lalu

Masihkah anda ingat akan tape video VHS yang pernah menjadi pilihan ramai untuk menonton filem kesukaan masing-masing?

wanita ditahan gagal pulangkan tape video dipinjam 21 tahun lalu

Selain boleh dibeli, tape VHS ini juga boleh dipinjam menerusi stor pengedar yang sah, sama seperti meminjam buku di perpustakaan.

 

Selepas munculnya VCD dan penstriman atas talian, tape video VHS ini semakin dilupakan hingga membuatkan banyak kedai menjual tape ini gulung tikar.

 

Begitu juga yang terjadi kepada seorang wanita dari Oklahoma, Amerika Syarikat yang pernah meminjam tape video VHS ini pada Mac 2021.

wanita ditahan gagal pulangkan tape video dipinjam 21 tahun lalu

Caron McBride dikehendaki pihak berkuasa gara-gara tidak memulangkan tape video yang dipinjamnya 21 tahun yang lalu, sebelum kedai tape itu tutup pada tahun 2008.

 

Beliau mengakui pernah meminjam tape video ‘Sabrina The Teenage Witch’ sedar yang dirinya adalah dikehendaki pihak berkuasa selepas gagal untuk mendaftar nama selepas perkahwinannya.

wanita ditahan gagal pulangkan tape video dipinjam 21 tahun lalu

Pihak pendaftar memberitahu Caron beliau terlibat dalam satu kes di Oklahoma dan hasil pemeriksaan mendapati ia adalah berkenaan peminjaman tape video VHS pada tahun 2000.

 

Kesalahan Caron itu juga boleh membuatkannya ditahan dalam penjara kerana terdapat waran tangkap yang di isukan kepadanya.

 

Sumber: Daily Star