Tak Makan Daging, Buaya ‘Vegetarian’ Ini Hanya Makan Nasi

Buaya merupakan haiwan pemangsa yang cukup dikenali dengan taringnya yang tajam dan makan daging. Namun berbeza kisahnya dengan seekor buaya di Kerala, India ini.

tak makan daging, buaya ‘vegetarian’ ini hanya makan nasi

Buaya yang bernama Babiya ini dikatakan tidak pernah makan daging dan tidak pernah juga menyerang mana-mana mangsa yang berada berdekatan dengannya.

 

Buaya itu tinggal dalam kolam kuil Sri Ananthapadmanabha di utara negeri Kerala, India dan dianggap sebagai suci.

tak makan daging, buaya ‘vegetarian’ ini hanya makan nasi

Haiwan itu hanya makan nasi sebanyak dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan tengah hari dan dianggap unik kerana tidak pernah sekalipun memakan daging atau ikan seperti kebanyakkan buaya lain.

 

Perkara itu menarik perhatian seorang pakar buaya, Anirban Chaudhuri yang berkata lazimnya buaya akan makan makanan biasa dimakan iaitu daging. Namun, besar kemungkinan buaya itu makan ikan dalam kolam dan menjadikan nasi sebagai makanan tambahannya sahaja.

 

“Namun, perlu difahami bahawa buaya merupakan haiwan yang ‘tahan lasak’. Boleh jadi, makanan utamanya adalah ikan-ikan di dalam kolam tersebut dan hanya makan nasi sebagai makanan tambahan,” katanya.

 

Sumber: [1]