Bekas-Bekas Kekasih Serang Majlis Perkahwinan Lelaki Ini, “Kami Akan Hancurkan Awak..”

Majlis perkahwinan sepatutnya menjadi satu momen indah dalam hidup pasangan pengantin. Namun berbeza dengan lelaki ini yang terpaksa berhadapan dengan sekumpulan bekas kekasih lamanya sendiri pada majlis tersebut.

 

Kejadian berlaku pada 6 Februari selepas lelaki yang dikenali sebagai Chen Song mengadakan satu majlis perkahwinannya bersama isteri di Hengdi Village dekat daerah Yunan, China.

bekas-bekas kekasih serang majlis perkahwinan lelaki ini, “kami akan hancurkan awak..”

Terdapat ramai jemputan yang hadir pada majlis perkahwinan itu. Namun siapa sangka, dalam ramai-ramai yang hadir, ada sekumpulan wanita yang dikatakan bekas kekasih kepada pengantin lelaki membawa kain rentang tertera ayat “Kami bekas kekasih Chen Song, hari ini kami akan hancurkan awak.”

 

Pada awalnya ramai beranggapan ia adalah sekadar prank semata, namun hakikatnya kesemua wanita itu adalah bekas teman wanita kepada Chen sebelum ini.

 

Chen berasa malu dengan apa yang dilakukan bekas teman-teman wanitanya itu.

bekas-bekas kekasih serang majlis perkahwinan lelaki ini, “kami akan hancurkan awak..”

“Saya berasa amat malu. Kini isteri dan keluarganya marah kepada saya,” kata Chen menerusi video yang tular di media sosial.

 

Pengantin lelaki itu mengakui kesemua wanita yang hadir dengan kain rentang itu adalah bekas kekasih lamanya yang dahulu. Beliau juga mengaku telah melakukan perkara buruk terhadap mereka sebelum ini.

 

“Ketika saya muda dan tidak matang, saya banyak lukakan hati gadis,” kata Chen yang kini sudah matang dan telah berubah menjadi lelaki yang baik.

Dilaporkan sejak dari itu, isteri dan keluarga mertua Chen masih mendiamkan diri dan enggan bercakap dengannya, malah menuntut Chen untuk membuat penjelasan.

 

Sumber: Oddity Central