Seorang wanita nekad membatalkan perkahwinannya selepas melihat sendiri bakal suaminya masih dimandikan ibu.
Kejadian berlaku di China selepas wanita itu hadir ke rumah bakal suaminya sambil membawa beberapa barang dan mahu melihat persiapan yang telah dilakukan.
Ketika itu, dia melihat bakal ibu mertuanya sedang sibuk menyiapkan dan menghias bilik pengantin serta beberapa tugas lain.
Kemudian dia melihat bakal ibu mertuanya itu masuk ke bilik bakal suami dan terkejut apabila melihat ibu suaminya sedang memandikan calon suami dan kelihatan lelaki itu selesa berbuat demikian.
Disebabkan itu, wanita terbabit nekad mahu membatalkan perkahwinan meskipun segala persiapan sudah tersedia. Pihak keluarga lelaki juga menolak permintaan itu, tambah pula kedua-dua pasangan ini telah lama menjalinkan hubungan.
Ibunya turut merasa sedih dan tidak menyangka perbuatan itu akan memberi kesan buruk kepada perkahwinan mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Sumber: Wolipop