Seorang wanita menjadi tular setelah mendedahkan dia membuat kontrak bercinta sebanyak 17 helaian untuk dipatuhi teman lelakinya.
Wanita yang bernama Annie Wright itu membuat kontrak tersebut dengan teman lelakinya Michael setelah kedua-duanya bertemu antara satu sama lain menerusi satu aplikasi cari jodoh.
Selepas dua minggu berkenalan, kedua-duanya memutuskan untuk bercinta.
Tetapi, ia kelihatannnya tidak mudah untuk bertemu dengan Annie, kerana Michael terpaksa bersetuju dengan kontrak yang telah dibuat oleh wanita berusia 23 tahun itu.
Menurut sumber, dalam kontrak tersebut, Annie meminta Michael agar mematuhi setiap tarikh untuk membelikannya bunga setiap dua minggu.
Selain itu, wanita itu turut menuntut Michael agar menjaga badannya dengan melakukan senaman lima kali seminggu.
Selain itu, kontrak sama juga menyatakan bahawa Michael tidak boleh berdiam diri ketika mereka sedang mengalami pertengkaran.
Tetapi di halaman seterusnya, Annie meminta Michael untuk memahami sekiranya dia menjauhkan diri ketika berasa marah dan kecewa.
Memetik laporan Mirror, pasangan tersebut bagaimanapun telah menjalin hubungan percintaan selama setahun.
Namun, Annie mengatakan dia mungkin akan mengkaji semula kontrak tersebut sekiranya ada yang perlu ditambah.
“Ini adalah bentuk perubahan. Saya menyarankan semua pasangan agar mempunyai kontrak bercinta,” kata Annie.
“Kami memperlakukan hubungan kami hampir seperti hal perniagaan. Kami menangani konflik seperti rakan niaga. Kami duduk dan memperlakukannya lebih seperti pasangan dalam hidup, dan cinta adalah bonus tambahan,” lanjutnya.
Jelas Annie lagi, pada mulanya, dia hanya membuat kontrak tersebut sebagai jenaka.
Tetapi Michael mengatakan ia adalah idea yang baik dan harus disimpan.
Rentetan itu, bukan hanya Annie menulis kontrak tersebut, malahan, Michael turut sama menulis peraturan untuk bercinta dengannya.
Annie yang pernah terjebak dalam hubungan percintaan toksik mengakui bahawa dia berasa sangat senang dengan adanya kontrak bercinta yang dibuatnya sekarang.
“Kami merangka kontrak individu dan menunjukkannya seperti rancangan realiti The Apprentice,” katanya.
Sumber: [1]