Baru-baru ini, tular foto tempe yang dibalut dengan daun pisang dalam kalangan komuniti Twitter di Indonesia.
Namun, yang paling menangkap perhatian mereka adalah bahan yang digunakan untuk membuat tempe tersebut!
Berbeza daripada kebiasaan yang mana tempe dihasilkan dengan menggunakan kaya soya, tapi lain pula dengan yang ini, yang mana tempe tersebut dibuat dengan mi segera!
Setelah diselidik, rupa-rupanya tempe tersebut merupakan ciptaan seorang saintis makanan Indonesia, iaitu Dr Draindo Ahnan-Winarno.
Rata-ratanya, reaksi daripada warganet bercampur-baur. Sementara ada yang memuji bahawa hasil ciptaan itu merupakan sesuatu yang kreatif, namun ada juga yang mempertikaikan mengenai tempe yang sepatutnya merupakan makanan sihat kini diperbuat daripada bahan makanan segera yang mampu mendatangkan kesan terhadap kesihatan.
Bagaimanapun, menurut Dr Draindo yang menghasilkan tempe mi segera itu, dia mengatakan bahawa penghasilan tempe dengan menggunakan mi segera itu adalah satu ‘inovasi’ yang mudah direalisasikan.
Sumber: [1]