Tasik Berbentuk Hati Di Dubai

Tidak hanya menempatkan bangunan tertinggi di dunia, iaitu Burj Khalifa, Dubai juga sebenarnya punya tasik berbentuk hati!

tasik berbentuk hati di dubai

Dikenali sebagai Dubai Love Lake, tasik tersebut merupakan salah satu destinasi pelancongan unik di bandar tersebut yang sering menjadi tumpuan pasangan dan keluarga, serta para pelancong.

Terletak di atas padang pasir berhampiran Al Qadra, Dubai, tasik buatan manusia ini dibina dalam bentuk dua hati yang bersilang di samping perkataan ‘love’ yang tertera betul-betul di bahagian tengahnya dan ditulis menggunakan pasir.

Difahamkan, pengunjung juga boleh berenang di dalam tasik itu!

Turut menangkap perhatian, tasik tersebut juga dikelilingi dengan tumbuhan-tumbuhan yang terdiri lebih daripada 16, 000 pokok dan ribuan bunga terpilih yang mampu untuk bertahan hidup di iklim padang pasir.

Dan bayangkan, sepanjang perjalanan anda bersama yang tersayang di sekitar tasik terbabit, anda juga akan menemui struktur berbentuk hati dihiasi dengan jambakan bunga yang didekorasi.

Romantik kan?

 

Sumber: [1]