Saintis Berjaya Halau Nyamuk Pakai Lagu Skrillex

Bunyi macam susah nak percaya tapi ternyata benar muzik EDM sebenarnya mampu menjauhkan nyamuk daripada mendekati anda!

saintis berjaya halau nyamuk pakai lagu skrillex

Lagi mengejutkan, bahawa perkara ini disahkan sendiri oleh barisan penyelidik dari Malaysia, Indonesia, Jepun dan Thailand yang mana hasilnya diterbitkan dalam kertas kajian ScienceDirect.

Mereka mendengarkan nyamuk jenis Aedes aegypti yang dikenali sebagai penyebar demam kuning, kepada muzik untuk melihat sekiranya unsur terbabit mampu bertindak sebagai penghalau nyamuk.

Namun, yang paling menarik perhatian mengenai kajian tersebut ialah, muzik yang dimainkan itu berupa lagu yang berentakkan irama ‘dubstep’, iaitu “Scary Monsters and Nice Sprites” oleh Skrillex.

Difahamkan bahawa separuh nyamuk dalam kajian tersebut mendengar lagu Skrillex itu manakala yang selebihnya tidak mendengar muzik sama sekali.

Hasil yang dipelajari oleh barisan penyelidik ialah, nyamuk betina yang ‘terhibur’ mendengar muzik akan menyerang sasaran lebih lambat berbanding dengan rakan-rakan mereka yang kurang terhibur dengan muzik tersebut.

Selain itu, aktiviti menghisap darah juga dikatakan jarang berlaku ketika muzik dimainkan.

Alang-alang dah baca ni, apa kata sekiranya anda yang kerap diganggu di rumah mencuba cara ini.

Mana tahu kalau-kalau nyamuk di rumah tu betul-betul lari ketika mendengar lagu EDM kan?

 

Sumber: NBC12