Suatu ketika dahulu, sepasang suami isteri pernah kehilangan cincin perkahwinan mereka ketika mengunjungi sebuah pantai di kawasan Norflok, Virginia.
Untuk mencarinya, pasti sahaja memakan masa yang lama.
Lantaran itu, pasangan tersebut akhirnya berkeputusan untuk menyerah sahaja.
Mereka turut berkongsi mengenai kehilangan tersebut dalam talian, andai ada sesiapa yang secara tidak sengaja menjumpai barang berharga itu.
Satu hari, ketika seorang wanita yang bernama Susan sedang menjalani rutin hariannya seperti biasa, dia dengan tidak sengajanya bertemu dengan seekor ikan yang menarik perhatiannya.
Di badan ikan tersebut, terdapat benda berkilat yang tersangkut di atasnya.
Tidak terjangkau akal fikiran Susan yang objek berkilau tersebut sebenarnya ialah cincin perkahwinannya bersama pasangan, yang hilang selama ini!
Dianggarkan bahawa cincin emas besar itu bernilai £1,000 atau setara dengan RM5,873.
“Saya teringat seseorang telah menyiarkan di laman media sosial komuniti setempat kami mengenai cincin perkahwinan lelaki yang hilang di teluk awal tahun ini, jadi saya memutuskan untuk melihat apakah saya berupaya untuk mencari pemilik terbabit,” ujar Susan.
Tidak lama kemudian, Susan akhirnya menemui pemilik cincin itu, dan barang berharga itu kini kembali ke jari manis pemilik asalnya.
Di sebalik kejadian tersebut, ketika pertama kali menemui cincin tersebut, Susan pada mulanya sedikit pun tidak mengesyaki sekiranya benda yang tersangkut di badan ikan itu merupakan barang berharga.
Sebabnya, ia bukan kali pertama dia menyaksikan objek berkilat tersangkut di badan ikan. Kebiasaannya ia merupakan cincin minuman tin.
“Pada Februari 2021, sungguh memilukan untuk melihat sepasang ikat mullet pasir, Myxus elongatus, memakai kolar plastik – cincin yang ditemui pada botol plastik minuman jus dan susu. Ada kalanya cincin tersebut terlepas ke alam hidupan liar, dan ia merupakan satu kesan yang menyedihkan. Ikan-ikan tersebut bersembunyi di sebalik pasir untuk mencari makanan, membuatkan ia menjadi mudah untuk cincin dan pengikat rambut untuk mencengkam bahagian hidung mereka dan tersangkut,” kata Susan.
Susan juga mengingatkan orang ramai agar tidak membuang sampah ke dalam laut, kerananya banyak hidupan laut yang sudah menjadi mangsa tidak bersalah akibat perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
Sumber: [1]