Lelaki Temui Kembali Handphone Yang Pernah Terjatuh Dalam Tasik Setahun Lalu

Di sebalik kejadian musim kemarau terburuk yang melanda Taiwan dalam tempoh 56 tahun, tersiratnya satu berita baik buat seorang lelaki yang pernah kehilangan telefon bimbitnya di sebuah tasik.

lelaki temui kembali handphone yang pernah terjatuh dalam tasik setahun lalu

Lelaki yang bernama Chen itu mendakwa dia pernah menjatuhkan telefon bimbitnya ketika mendayung di Tasik Sun Moon kira-kira setahun yang lalu.

Namun, tidak pernah terjangkau akalnya yang dia akan menemui telefon bimbit tersebut kembali dan paling mengejutkan, ia masih berfungsi dengan baik kerana ditutup dengan beg kalis air!

Chen yang tidak menyangka bahawa dia akan menemui telefon bimbitnya itu turut menyatakan kegembiraannya dengan penemuan tersebut.

Dalam pada itu, berikutan musim kemarau yang disifatkan sebagai yang terburuk yang pernah melanda Taiwan sejak puluhan tahun dahulu, Chen turut berkongsi bahawa pekerja yang mengembalikan telefon bimbit itu kepadanya berkata bahawa Tasik Sun Moon melihat paras air terendahnya dalam tempoh 50 hingga 60 tahun terakhir.

lelaki temui kembali handphone yang pernah terjatuh dalam tasik setahun lalu

Sekadar perkongsian, Tasik Sun Moon merupakan sebuah tasik popular yang terletak di tengah Taiwan dan memiliki paras ketinggian sehingga 748 meter di atas paras laut.

Ia merupakan satu-satunya tasik besar semula jadi di Taiwan.

Baru-baru ini, ramai pengguna media sosial turut memuat naik selfie mereka di tasik yang popular sebagai tempat pelancongan itu, yang mana dapat dilihat bahawa tanah di beberapa bahagian tasik tersebut kering hingga menyebabkan retakan lumpur.

Di bahagian lain tasik tersebut juga, dapat dilihat tumbuh-tumbuhan tumbuh di dasar tasik tersebut hingga membuatkan kawasan tersebut kelihat seolah-olah dataran berumput.

 

Sumber: [1] [2]