Lelaki Lunyai Dibelasah Nenek Berusia 82 Tahun Selepas Ceroboh Masuk Rumahnya

Seorang lelaki dimasukkan ke hospital selepas dibelasah teruk oleh nenek berusia 82 tahun.

Macam tak percayakan, tapi itulah yang berlaku. 

lelaki lunyai dibelasah nenek berusia 82 tahun selepas ceroboh masuk rumahnya

Difahamkan, lelaki itu telah menceroboh masuk ke rumah nenek tersebut yang terletak di Rochester, New York. 

Menurut nenek itu, dia mendengar seseorang mengetuk pintu lalu menjenguknya. Suspek meminta nenek itu untuk menghubungi ambulans.

Ketika sedang bercakap dengan operator, nenek itu mendengar satu bunyi yang kuat. Rupa-rupanya suspek telah memecahkan pintu dan berjaya masuk ke dalam rumahnya.

lelaki lunyai dibelasah nenek berusia 82 tahun selepas ceroboh masuk rumahnya

Tanpa ragu-ragu, nenek tersebut terus mengangkat sebuah meja lalu dicampakkan ke arah suspek. 

Ketika pihak polis tiba di rumah tersebut, suspek dilaporkan dalam keadaan lemah selepas teruk dibelasah nenek tersebut.

Rupa-rupanya nenek tu bukan calang-calang orang, dia sebenarnya merupakan bekas ahli bina badan dan telah menang banyak anugerah. 

Meskipun dia sudah berusia tapi dia masih mampu mengangkat berat sehingga 102 kilogram. You don't play-play!