Setiap orang mungkin memiliki rasa ketakutan yang berlebihan atau fobia terhadap sesuatu perkara. Ini adalah perkara biasa yang dimiliki oleh manusia.
Tetapi di antara jenis fobia yang biasa dimiliki individu, ada beberapa jenis fobia yang sangat aneh dan ganjil, tetapi ianya tidak dimiliki oleh kebanyakan orang.
Derrol Murphy, 42, mengidap Misophonia, yang mana emosinya akan terganggu terhadap beberapa jenis bunyi yang didengarinya.
Misophonia adalah keadaan bilamana anda secara tiba-tiba mudah merasa marah dengan perkara kecil seperti bunyi orang makan atau bunyi bernafas yang kuat.
Disebabkan penyakitnya itu, hubungannya dengan keluarga dan orang lain mula terjejas.
Katanya, bunyi-bunyi biasa pun boleh membuatkan dia marah. Termasuklah bunyi orang mengunyah makanan.
Difahamkan, dia mula mengetahui dia mengidap penyakit ini pada tahun 2000.
Kesiannya, bukan senang orang nak faham bila melibatkan penyakit macam ni.