Akibat mendapat tahu isterinya pernah berkahwin sebelum ini, seorang lelaki dari Indonesia menuntut ganti rugi berbilion-bilion rupiah terhadap pasangannya itu.
Menurut satu laporan yang dikeluarkan media tempatan, isterinya telah merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuannya selama 13 tahun!
Yulian Aprianto pada awalnya menganggap bahawa isterinya masih bujang ketika mereka pertama kali bertemu.
Tapi sebenarnya, wanita tersebut terlebih dahulu pernah mengikat tali perkahwinan dengan lelaki lain pada 1996, iaitu 10 tahun sebelum dia dilamar Yulian.
Setelah mengetahui rahsia terbesar itu, Yulian membuat keputusan menyaman isterinya sebanyak lima bilion rupiah Indonesia, bersamaan dengan RM1.4 juta akibat tidak memberitahunya tentang status perceraian itu.
Amaun tersebut adalah untuk membayar semula segala perbelanjaan yang pernah dikeluarkan Yulian sepanjang perkahwinan mereka termasuklah kerugian yang tidak signifikan kerana memalukan dirinya dengan pembohongan tersebut.
Selain itu, Yulian juga menuntut pampasan untuk menggantikan semula wang yang pernah dikeluarkannya demi membiayai yuran sekolah perubatan isterinya itu.
Difahamkan bahawa wanita tersebut yang kini merupakan seorang doktor bersekongkol dengan keluarganya untuk memberikan pernyataan palsu dalam dokumen pendaftaran perkahwinan pasangan itu.
Akibat pembohongan tersebut, dia kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara selama satu bulan dan sembilan hari.
Pasangan tersebut mula berkenalan antara satu sama lain menerusi ibu saudara Yulian.
Pada 2006, mereka memutuskan untuk berkahwin setelah tiga bulan mengenali antara satu sama lain.
Kata Yulian, sepanjang percintaan mereka, wanita tersebut sedikit pun tidak pernah membuka mengenai sejarah perkahwinannya yang terdahulu malahan mengatakan dirinya masih bujang.
Akibat pembohongan tersebut, wanita tersebut dijatuhkan hukuman penjara selama satu bulan dan sembilan hari.
Sumber: [1]