Dahulunya Perpustakaan Kuno, Kini Kota Hantu

Seorang jurugambar yang berasal dari Poland, Michail Huniewicz menghabiskan masa selama tujuh terakhir untuk menjelajahi pelbagai tempat menarik di serata dunia.

dahulunya perpustakaan kuno, kini kota hantu

Namun, ketika dia melakukan perhentian di Afrika Barat, Michail terjumpa satu tempat yang mengagumkan, yang disebut oleh penduduk tempatan sebagai Bandar Batu Kuno Chinguetti.

Kota batu tersebut difahamkan merupakan rumah bagi koleksi manuskrip kuno yang menakjubkan dari dunia Islam.

Kongsi Michail ketika ditemu ramah pihak media, “Saya suka perpustakaan dan buku-buku lama, saya merasa seperti saya telah menemui harta karun di labirin batu Chinguetti.

Berdasarkan akaun sejarah, kota batu kuno itu pernah berfungsi sebagai metropolis selain pusat perdagangan penting sekitar abad ke-11.

Selain itu, kota terbabit juga merupakan tempat persinggahan buah para jemaah haji yang ingin berangkat ke Mekah.

Bukan sekadar itu, sejak sekian lama, kota itu juga telah menjadi tempat khusus buat mereka yang berhasrat untuk mempelajari agama, undang-undang, astronomi, matematik dan perubatan.

Dengan berlalunya masa, hari ini, Chinguetti perlahan-lahan bertukar menjadi bandar ‘hantu’ yang ditinggalkan oleh warganya.

Kesinambungan daripada itu, kini, hanya tinggal beberapa ribu orang yang masih bertahan dan mendiami kota tersebut, dan antaranya termasuklah sebuah keluarga yang dengan bangganya memelihara dan melindungi pelbagai naskhah yang ditinggalkan oleh perpustakaan di situ.

Menurut mereka, sekiranya tidak diberi pemuliharaan yang sewajarnya, banyak naskhah akan musnah akibat iklim padang pasir Sahara.

dahulunya perpustakaan kuno, kini kota hantu

Kongsi Michail yang mengembara di sekitar Chinguetti itu lagi, terdapat pustakawan yang bertugas di kota itu yang sering kali menyambut kedatangan pengunjung dengan mesra.

“Pustakawan ingin menunjukkan buku dan mereka bangga. Saya membayangkan mereka bangga kerana nampaknya mereka mempunyai warisan yang hebat,” ujarnya.

Di samping itu, Michail turut mendedahkan mengenai cabaran yang dihadapinya untuk sampai ke kota yang terletak di Gurun Sahara itu berikutan keadaan cuaca yang teruk dan tidak berpihak padanya.

Ceritanya, dia mengambil masa selama tiga malam untuk sampai ke Kota Batu Kuno Chinguetti dengan menyeberangi berbagai negara, bahkan terpaksa menaiki kereta api kargo.

“Suhu harian mencapai 50 darjah Celsius dengan kelembapan rendah. Saya terpaksa memakai pakaian khas, termasuk lengan panjang dan topi. Ia sangat teruk, malah dua lensa utama saya dihancurkan di pasir ketika dalam perjalanan,” katanya.

 

Sumber: [1]