Bomba Selamatkan Tupai Tersekat

Siapa nak sangka, sehari sebelum Hari April Fool, Jabatan Bomba Austin di Amerika Syarikat menerima panggilan berkenaan seekor mahkluk yang tersekat kepalanya dalam sebatang pokok. Dan panggilan yang dibuat itu bukanlah merupakan satu prank April Fool.

bomba selamatkan tupai tersekat

Makhluk yang dimaksudkan itu ialah tupai.

Menerusi satu entri di Facebook, tulis jabatan tersebut, “Ini bukan satu gurauan.”

Terang mereka, mereka menerima panggilan kecemasan tersebut pada jam 7:30 malam Selasa minggu lalu mengenai tupai yang tersekat dalam sebatang pokok.

Sekiranya ia tidak diselamatkan, ia mungkin akan mati.

Dalam pada itu, jabatan bomba terbabit turut memuat naik video di akaun Facebook mereka yang menunjukkan dua anggota penyelamat mereka menyelamatkan tupai malang tersebut.

Dalam video tersebut, kedua-dua anggota penyelamat itu dilihat mengurut bahagian belakang tupai tersebut sambil memusing kepalanya.

Tambah mereka, walaupun insiden berkenaan mungkin dilihat sebagai sesuatu yang kecil bagi sesetengah pihak namun bagi mereka, mereka akan memberikan perkhidmatan kepada sesiapa sahaja memerlukan.

 

Sumber: [1]