Pelakon Maut Lepas 12 Pembedahan Demi Nak Jadi Mirip Jimin BTS

Seorang pelakon Kanada dilaporkan telah meninggal dunia selepas menjalani 12 pembedahan plastik untuk menyerupai bintang K-pop Jimin dari BTS, lapor Daily Mail.

pelakon maut lepas 12 pembedahan demi nak jadi mirip jimin bts

Saint Von Colucci, 22, telah meninggal dunia selepas mendapat jangkitan dari implan rahang yang dipasangnya pada November lalu.

.

Menurut penerbitnya, Eric Blake berkata Colucci telah menjalani pembedahan pada Sabtu, 22 April, untuk mengeluarkannya implan tersebut. Namun, prosedur itu tidak berjaya dan dia akhirnya meninggal dunia beberapa jam kemudian.

pelakon maut lepas 12 pembedahan demi nak jadi mirip jimin bts

Colucci dilaporkan telah menghabiskan $220,000 (kira-kira RM978,000) untuk 12 prosedur kosmetik sepanjang tahun lalu, termasuk pembedahan rahang, pembedahan hidung, membetulkan bibir, mengangkat kening, mata dan pembedahan kecil lain.

 

Blake menambahkan bahawa pelakon itu menyedari risiko dalam pembedahan implant rahang tetapi tetap mahu meneruskan prosedur itu kerana tidak yakin dengan penampilannya. Beliau sangat mahu untuk tampil kelihatan seperti Jimin BTS.

pelakon maut lepas 12 pembedahan demi nak jadi mirip jimin bts

Colucci telah pergi ke Korea Selatan pada tahun 2019 dengan impian untuk memasuki industri muzik dan berada di sana, selain bakal membintangi drama Korea, Pretty Lies.

 

Sumber: Daily Mail