Yonnyboii dan Isteri Timang Cahaya Mata Lelaki Pada Hari Awal Muharram

Isteri kepada penyanyi rap, Yonnyboii iaitu Nik Nazira Narriman selamat melahirkan cahaya mata lelaki pertama mereka pada hari Awal Muharram, iaitu Rabu (19 Julai).

yonnyboii dan isteri timang cahaya mata lelaki pada hari awal muharram

Menerusi perkongsian di Instagram, Yonnyboii berkongsi foto pertama bersama anak sulungnya itu yang dipanggil dengan nama Baby Kai.

 

“Alhamdulillah, Awal Muharram semalam (Rabu) putera saya baby Kai telah pun selamat dilahirkan,” kongsinya.

yonnyboii dan isteri timang cahaya mata lelaki pada hari awal muharram

Dalam pada itu, Yonny turut memuatnaik beberapa foto sedang terbaik di katil hospital sambil ditemani bayi mereka disisinya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 👑 (@yonnyboii)

 

Beberapa jam sebelum isterinya melahirkan putera sulung mereka, Yonny dan isteri dilihat sempat hadir ke majlis tayangan filem Barbie di ibu negara.

 

 

Terdahulu, Yonny dan isteri mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021.

 

Sumber: Instagram