Azhar Sulaiman Kongsi Video Berlumuran Darah, Warganet Fikir Ending Projek: High Council Sedih

Drama televisyen yang kini trending di seluruh negara, Projek: High Council bakal menemui episod akhir hujung minggu ini, 18 Mac 2023.

azhar sulaiman kongsi video berlumuran darah, warganet fikir ending projek: high council sedih

Arahan bersama pengarah Anwari Ashraf dan Zulaikha Zakaria, drama berkisarkan tentang dua beradik, Fakri dan Naim yang telah terpisah sejak mereka masih kanak-kanak dan bertemu semula di Kolej Ungku Dramat (KUDRAT), sebuah sekolah asrama berprestij tinggi. Mereka mempunyai ayah iaitu Firdaus Ismet, lakonan Azhar Sulaiman.

 

Menerusi perkongsian video di TikTok, Azhar Sulaiman telah berkongsi video dirinya sedang berlumuran dengan darah, dengan kapsyen ‘Cara buat injury.’

azhar sulaiman kongsi video berlumuran darah, warganet fikir ending projek: high council sedih

 

@theazharsulaiman

Cara buat injury….

♬ original sound - AzharSulaiman

 

 

Meskipun beliau tidak mendedahkan babak itu adalah daripada filem atau drama yang mana, warganet mula membuat spekulasi sendiri mengenai episod akhir Projek: High Council ini. Ada yang berpendapat episod akhir itu nanti bakal berakhir dengan perasaan yang sedih.

azhar sulaiman kongsi video berlumuran darah, warganet fikir ending projek: high council sedih

Pelbagai tanda tanya mula timbul dalam kalangan peminat drama Projek: High Council ini. Apa agaknya pengakhiran Fakhri, Naim, Kahar dan batch Form 4 serta Form 5 KUDRAT? Adakah tradisi KUDRAT akan diteruskan? Siapa akan menjadi KAPLA seterusnya?

azhar sulaiman kongsi video berlumuran darah, warganet fikir ending projek: high council sedih

Sama-sama kita nantikan episod akhir Projek: High Council minggu ini.

 

Sumber: Tiktok Azhar Sulaiman