“Wanita Bila Kerja, Ada Wang Banyak, Mereka Mula Berlagak,” – Datuk Rosyam Nor

Pelakon hebat tanah air, Datuk Rosyam Nor telah mencuri perhatian ramai apabila beliau menyifatkan wanita yang bekerjaya dan memiliki pendapatan lebih daripada lelaki akan memiliki sifat angkuh dan ego.

“wanita bila kerja, ada wang banyak, mereka mula berlagak,” – datuk rosyam nor

Beliau berpendapat sedemikian menerusi video podcast di Tiktok Suhan Movie turut mendakwa golongan wanita khususnya isteri akan mula memandang rendah terhadap suami.

 

Bagaimanapun Rosyam tidak menganggap semua wanita sebegitu, tetapi mendakwa kebanyakkannya adalah seperti yang disebut olehnya.

 

"Apabila wanita sudah bekerjaya dan mempunyai wang yang banyak, mereka akan mula menjadi berlagak. Walaupun di rumah berperanan sebagai isteri, mereka akan bercakap tinggi.

"Namun kenyataan ini bukan semua tetapi boleh dikatakan kebanyakannya begitu. Menerusi pemerhatian saya, kebanyakan wanita apabila dah ada duit, dia ego.

"Bercakap dengan suami kata penat kerana sudah seharian bekerja. Apa salahnya jika sudah pulang dulu, tolong bantu sekali. Begitu adalah contoh kenyataan yang diberikan.

"Namun sekali lagi saya tegaskan, bukan semua tetapi sebahagian saja," katanya menerusi program berkenaan.

“wanita bila kerja, ada wang banyak, mereka mula berlagak,” – datuk rosyam nor

Menerusi video sama, Rosyam juga berpendapat sikap ego berkenaan boleh menyebabkan masalah dan keretakan rumah tangga berlaku.

 

"Ada juga golongan wanita yang ada duit, pakai cantik, bila tengok suami sendiri dan mempersoalkan pilihannya itu. Malah, selepas itu dia lihat lelaki di luar lebih menarik.

"Contohnya pemikiran seperti orang di luar lebih hargai dia dan berlakulah pergolakan rumah tangga. Pergolakan rumah tangga ini boleh jadi sebab isteri itu ada duit," katanya.

 

@suhanmovies SEBAB perempuan TAK BOLEH kerja EP 12 [PODCAST HITAM PUTIH KEHIDUPAN] - PART 1 Jangan lupa saksikan podcast HITAM PUTIH KEHIDUPAN. Macam-macam topik borak santai bersama @iamrosyam dan Datin Seri Adzliana @Usanita.hq di platform Youtube Suhan Channel dan Usanita. #hitamputih #podcasthitamputih #hitamputihkehidupan #suhanchannel #suhanmovies #usanita #perempuan #kerja #fyp #viral #trending ♬ original sound - suhanmovies

 

Bagaimanapun pendapat Rosyam disangkal Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datin Seri Adzliana Hassan yang mendakwa pasangan suami isteri seharusnya bersikap tolak ansur, malah wanita juga perlu mencari sumber kewangan sendiri pada masa kini.

 

Kenyataan itu mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada warganet yang rata-ratanya mempunyai pendapat masing-masing.

Sumber: Tiktok