Video Tangan Lelaki Di Bahu, Eyka Farhana Biar Netizen Buat Andaian Sendiri

Baru-baru ini tular video menunjukkan tangan seorang lelaki pada bahu pelakon Eyka Farhana, sehinggakan timbul spekulasi bahawa ia adalah tangan pemain bola sepak JDT, iaitu Akhyar Rashid.

video tangan lelaki di bahu, eyka farhana biar netizen buat andaian sendiri

Eyka bagaimanapun tidak menafikan malah juga tidak mengiyakan tanggapan itu, sebaliknya memilih untuk membiarkan sahaja netizen membuat andaian sendiri.

 

“Saya sebenarnya tak tahu nak komen apa, sebab dah ramai komen dekat TikTok itu. Bagi saya, kalau mereka rasa individu dalam video orang itu… orang itu la.

“Kalau bukan, bukan la. Saya sebenarnya tak nak bercerita sangat soal peribadi. Sebab saya pun dah banyak diam dan lebih baik begini.

“Supaya tiada lagi kecaman yang baik atau buruk daripada mana-mana pihak. Kadang-kadang netizen lebih tahu. Kalau saya cakap benda betul atau salah, tetap saya kena.

“Jadi lebih baik saya berdiam diri dan biarkan mereka yang menilai sendiri,” katanya kepada Gempak.

video tangan lelaki di bahu, eyka farhana biar netizen buat andaian sendiri

Tambah Eyka lagi, beliau sentiasa menerima teguran secara terbuka daripada netizen, termasuklah mengenai penampilannya yang dikatakan seksi.

 

“Mungkin saya dah lama sangat dapat komen dari segi positif dan negatif. Macam yang saya cakap sebelum ni, saya akan ambil yang positif.

“Contoh macam cara pemakaian saya, mungkin lama-lama netizen akan terima diri saya sendiri. Kadang-kadang saya rasa tersekat nak buat sesuatu macam orang lain.

“Bila lama-lama saya fikir balik, apa kata biar saya jadi diri sendiri. Dulu saya terasa juga bila baca komen tapi sekarang saya tak baca untuk kesihatan mental saya sendiri.

“Tapi kalau orang tu DM saya baik-baik nak tengok saya berubah, saya akan balas Insya-Allah satu hari nanti,” ujarnya.

 

Video yang mendapat perhatian ramai itu telah dimuatnaik sendiri oleh Eyka menerusi laman Tiktok beliau baru-baru ini dan mendapat lebih 1.8 juta tontonan.

 

@misseykaf #freezeframe ♬ STFU - Digga D

 

Sumber: Gempak / Tiktok Eyka Farhana