Gurauan Romantis Dengan Lelaki Itu Hanya Konten Tiktok – Iman Troye

Penyanyi, Iman Troye mendedahkan gurauan dan aksi romantis bersama seorang jejaka yang tular baru-baru ini hanyalah sekadar konten Tiktok semata-mata.

gurauan romantis dengan lelaki itu hanya konten tiktok – iman troye

Jelas penyanyi berusia 20 tahun ini, jejaka bernama Danial yang dikenalinya sejak setahun lalu hanyalah teman rapat dan bukannya berstatus kekasih seperti dakwaan netizen.

gurauan romantis dengan lelaki itu hanya konten tiktok – iman troye

Ujar pemilik nama penuh Siti Nur Alyssa Sahabudin ini, video yang dikongsikan di Tiktok itu bukan gimik dan ia hanya sekadar gurauan antara sahabat dan tidak lebih daripada itu.

 

@myraaaa.n hm comelnya mereka🫠 #fyp #imantroye #danial #fypage ♬ Puspa - all

 

Iman berkata lagi, buat masa ini beliau mahu memberikan fokus kepada kerjaya dan fasa percintaan bukanlah apa yang dikejarnya ketika ini.

 

“Cukuplah waktu saya berseronok dengan zaman remaja dan sekarang pun usia sudah mencecah 20 tahun, sudah tiba masa lebih serius dengan kerja.

“Benda-benda begini tolak tepi dahulu,” ujarnya.

 

Sumber: Kosmo! / Tikok