Pengguna Kandungan Komunikasi & Multimedia di Malaysia, Ayuh Respons Sini

Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (disebut juga Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia; CMCF) ialah sebuah badan yang bertanggungjawab mentadbir kandungan dan mengendalikan isu–isu yang berkaitan dengan kandungan berbentuk komunikasi dan multimedia di Malaysia.

 

CMCF ditetapkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), bertanggungjawab menggubal dan membangunkan satu Kod Kandungan negara yang bukan sahaja untuk pengamal industri malah buat pengguna awam.

pengguna kandungan komunikasi & multimedia di malaysia, ayuh respons sini

Setiap individu di Malaysia, diberi peluang untuk menyumbang pada versi baru Kod Kandungan, kerana ia bakal menjadi rujukan untuk tafsiran kesalahan di bawah Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Draf akhir Kod Kandungan baharu akan mengambil kira maklum balas orang awam sebelum ia diserahkan untuk pendaftaran oleh SKMM.

pengguna kandungan komunikasi & multimedia di malaysia, ayuh respons sini

Terdapat beberapa fokus utama dalam Kod Kandungan baharu ini seperti:

  • Penyalahgunaan dan Keganasan Berdasarkan Gender (gender-based Violence) Dalam Talian

    • Contoh: Gangguan seksual, penyebaran gambar atau video lucah tanpa kebenaran, penguntit (stalker)

  • Hak Orang Kurang Upaya dalam Industri Kandungan

    • Contoh: Kebolehcapaian kandungan dan paparan OKU dalam kandungan

  • Larangan Mengeksploitasi Agama dalam Pengiklanan

    • Contoh: Menggunakan terma-terma Keislaman atau menjanjikan pahala/syurga dalam menjual barang atau perkhidmatan.

  • Hanya Pendakwah yang Bertauliah Sahaja boleh dipaparkan dalam rancangan bertemakan Islam

    • Contoh: Pemenang rancangan realiti bertemakan agama tidak semestinya memenuhi syarat sebagai seorang pendakwah.

  • Hak Kanak-Kanak dalam Industri Kandungan

    • Contoh: Iklan yang bertanggungjawab untuk kanak-kanak dan yang menampilkan kanak-kanak.

  • Pempengaruh (influencer) dan Pengendali E-dagang Harus Menjadi Pengiklan Yang Bertanggungjawab

    • Contoh: Pempengaruh harus mendedahkan sekiranya mereka dibayar untuk mempromosikan sesuatu

 

Jadi, ayuh luangkan masa anda untuk Latihan Perundingan Awam bagi cadangan semakan semula terhadap Kod Kandungan. Klik pada pautan ini untuk maklumat lanjut >> https://contentforum.my/publicconsultation/