Uqasha Beri Sebab Kenapa Setuju Lakon Babak Berkemban, Peluk Pelakon Lelaki Lain

Pelakon, Uqasha Senrose dilapor bakal kembali menerusi filem terbaharu berjudul Sumpahan Jerunei yang akan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.

uqasha beri sebab kenapa setuju lakon babak berkemban, peluk pelakon lelaki lain

Menerusi filem bergenre seram itu, Uqasha membawakan watak Bee iaitu seorang pegawai pemeliharaan warisan yang menggemari perkara mistik.

 

Dalam filem itu juga, Uqasha dikatakan perlu beraksi sedikit berani iaitu berkemban dan juga memeluk rakan pelakon lelaki iaitu Amerul Affendi.

uqasha beri sebab kenapa setuju lakon babak berkemban, peluk pelakon lelaki lain

Uqasha yang juga kini isteri kepada pelakon Kamal Adli berkata, babak itu dijayakannya kerana mahu memenuhi tuntutan watak, plot dan skrip semata-mata.

 

Malah, ketika melakonkan cerita itu, beliau belum pun berkahwin dan masih lagi solo.

 

“Kalau nak tahu, kedua-dua babak tersebut dilakonkan mengikut skrip yang diberi, selain keperluan jalan cerita dan plot. Boleh dikatakan, ia mencantikkan lagi perjalanan cerita ini. Lagipun, ketika itu saya masih solo dan belum mendirikan rumah tangga.

“Saya dalam fasa berkawan dengan Kamal. Jadi, saya tiada komitmen dengan sesiapa. Saya pula memang tidak boleh dicabar dan nak cuba lakonkan semua adegan sendiri. Tapi apa pun, saya masih menjaga batas,” katanya kepada Gempak.

Tambah Uqasha lagi, meskipun pernah melakonkan filem seram sebelum ini, filem Sumpahan Jerunei memberikan pengalaman berbeza dan paling mencabar buat dirinya setakat ini.

 

“Kalau nak diikutkan, setiap babak dalam filem ini susah bagi saya. Antara babak yang saya rasa sangat mencabar adalah ketika saya diikat dan naik ke atas pokok.

“Saya juga perlu menjayakan babak dalam sungai.. Tapi sungai itu tak bersih, macam-macam benda ada dalam air, termasuk sisa kumbahan daripada kampung berkenaan,” katanya lagi.

uqasha beri sebab kenapa setuju lakon babak berkemban, peluk pelakon lelaki lain

Selain Uqasha, filem Sumpahan Jerunei turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Bront Palarae, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Tony Eusoff, Daiyan Trisha, Yuyun Hikmah dan ramai lagi.

 

Sumber: Gempak