Trend Langgar Jodoh Eyka Farhana dan Akhyar Rashid Tapi Komen Meerqeen Curi Tumpuan

Jika anda menyusuri laman Tiktok, pasti anda familiar dengan trend ‘langgar jodoh’ yang menjadi ikutan ramai pengguna media sosial berkenaan.

 

Trend itu turut menjadi ikutan pelakon, Eyka Farhana yang dilakukannya bersama kekasih yang juga pemain bolasepak pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Akhyar Rashid.

trend langgar jodoh eyka farhana dan akhyar rashid tapi komen meerqeen curi tumpuan

Menerusi video berdurasi 6 saat itu, Eyka menunjukkan beberapa momen indah beliau bersama Akhyar sepanjang 1580 hari atau sepanjang 4 tahun 4 bulan mereka bersama.

 

@misseyka.f

1580 days 💗

♬ La Lecon Particuliere - Bof La Lecon Particuliere - Francis Lai & Christian Gaubert

 

Menjengah ke ruangan komen, turut kelihatan pelakon, Meerqeen memberikan komen “Untunglah”, hingga mencuri tumpuan peminatnya yang lain.

trend langgar jodoh eyka farhana dan akhyar rashid tapi komen meerqeen curi tumpuan

Terdahulu, hubungan Meerqeen dan Anna Jobling mendapat perhatian ramai, dengan rata-ratanya mendakwa mereka mempunyai hubungan yang istimewa.

nampak macam bercinta? anna jobling dedah status sebenar bersama meerqeen

Namun Anna pernah menafikan dakwaan itu sambil berkata mereka hanya berkawan baik dan profesional dalam menjalankan tugas.

 

Sumber: Tiktok Eyka Farhana