Mulai Esok, Tren LRT Akan Gerak Lebih Perlahan Untuk Laluan Ini

Transit kereta api ringan (LRT) adalah perkhidmatan pengangkutan yang memudahkan perjalanan kita dari satu destinasi ke satu destinasi.

mulai esok, tren lrt akan gerak lebih perlahan untuk laluan ini

Menurut pengendali utama pengangkutan ini, Rapid Rail, tren dari kedua-dua arah antara Stesen LRT Miharja ke Stesen LRT Chan Sow Lin akan bergerak lebih perlahan bermula esok, 20 Disember 2022.

 

Perubahan sementara kelajuan tren ini dijangka berakhir pada 23 Disember 2022, bagi tujuan penyelenggaraan landasan.

 

Makluman itu dikongsi Rapid KL dalam satu hantaran rasmi di media sosial mereka, baru-baru ini.

 

 

Sebarang makluman dan perubahan, semak laman sesawang rasmi myrapid.com.my atau media sosial Rapid KL.

 

Sumber: Rapid KL