Sejak semalam kecoh di media sosial mengenai hubungan percintaan dua peserta Gegar Vaganza musim ke-9 iaitu Fuad Rahman bersama Tom.
Dalam pada itu, timbul cakap-cakap pihak tertentu yang mengaitkan punca kepada masalah rumah tangga Fuad Rahman bersama isterinya yang kini dalam proses penceraian adalah disebabkan penyanyi wanita itu.
Tom bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan berkata Fuad dan isterinya sudah lama mengalami masalah rumah tangga, malah Tom sendiri tidak akan menggangu kebahagiaan rumah tangga orang lain.
"Saya tak ada kena mengena dengan perceraian Fuad dan isterinya. Kalau nak diikutkan rumah tangga mereka sudah berantakan sewaktu program GV9 lagi. Perkara itu boleh ditanya kepada keluarga dan isteri Fuad.
"Kalau mereka masih bersama, saya pun tak berani nak kenal Fuad. Hanya Fuad dan isteri serta keluarga saja yang tahu apa masalah yang berlaku sehingga mereka berdua nak bercerai.
"Netizen boleh cakap apa saja dan saya tak takut sebab masalah yang berlaku bukan disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi masalah peribadi," katanya.
Mengulas lanjut mengenai hubungan yang berputik antara dirinya bersama Fuad, Tom berkata ia masih baharu dan mengaku pasti ada dugaan serta masalah yang akan tiba. Beliau juga akui sayangkan Fuad dan mahu menjaganya dengan baik.
Terdahulu, Tom mendedahkan beliau kembali bercinta dengan Fuad selepas mereka menyertai program GV9. Mereka pernah bercinta pada 2005 sebelum putus pada 2010. Fuad dalam pada lain kini dalam proses bercerai dengan isterinya selepas enam bulan mereka mendirikan rumah tangga.
Sumber: HMetro
Foto UtusanTV