Pernah Keguguran Masa Kandungan Tiga Minggu, Tom Kini Hamil Lagi

Penyanyi dan juga perserta program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Tom kini dilapor sedang hamil sebulan selepas mengalami keguguran tiga bulan yang lalu.

usia kandungan cecah tiga minggu, tom akui alami keguguran

Pendedahan itu dibuat suaminya, Fuad Rahman yang memaklumkan berita gembira bakal menimang cahaya mata ketika hadir disebuah majlis di Singapura, baru-baru ini.

 

“Dalam tiga atau empat bulan lepas, isteri saya keguguran tetapi kami buat pemeriksaan kerana Tom mempunyai alahan dua hari lepas.

“Alhamdulillah, hasil pemeriksaan doktor mengesahkan usia kandungannya sekarang sudah sebulan,” katanya.

Tom yang terkejut dengan pendedahan suaminya itu memohon doa orang ramai agar kandungannya sihat dan dapat melahirkan anak itu dengan selamat.

 

“Alang-alang suami sudah dedahkan, saya minta doakan anak dalam kandungan sihat dan dapat melahirkan dengan selamat. Amin,” kata Tom dalam satu hantaran berserta tanda pagar #FuadRahmanJunior sebagai tanda salam perkenalan kepada bayi mereka.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by King Tom (@raja_king_tom)

 

Terdahulu, Tom dan Fuad telah mendirikan rumah tangga dalam satu majlis tertutup pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia.

 

Sumber: Kosmo!