Satu taman khas yang bakal menempatkan kucing jalanan dicadang dibina di Pasar Awam Tanjung Rambutan, Perak.
Pembinaan taman khas ini dikatakan sedikit sebanyak mampu mengatasi masalah kebersihan disebabkan najis kucing yang ditinggalkan disitu.
Menurut ADUN Ulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad berkata, cadangan untuk membina taman itu telahpun dikemukakan kepada Majlis Bandaraya Ipoh untuk pertimbangan.
Dianggarkan hampir 100 ekor kucing jalanan berada di pasar awam berkenaan, dengan penangkapan secara berkala dibuat MBI bagi tujuan mengawal jumlah kucing tersebut.
Foto sekadar hiasan
Menurutnya lagi, pihaknya juga bersedia memberi komitmen termasuk aspek peruntukan bagi menguruskan taman berkenaan.
Sekiranya taman ini berjaya dibuka kelak, ia akan menjadi taman pertama untuk kucing di dalam pasar di daerah Kinta, Perak.
Sumber: [1]