Tajul Dirakam Makan Nasi Goreng Dengan Ubat Gigi, Peminat Terkejut!

Tajul Ariff Noor bin Md. Shari atau lebih dikenali dengan nama panggilan Tajul merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Mempunyai suara yang lunak dan merdu, rupanya ada ‘rahsia’ yang menjadi amalan Tajul selama ini.

 

Menerusi perkongsian video yang dimuatnaik oleh isterinya di Tiktok, Tajul dilihat sedang menikmati hidangan nasi goreng bersama-sama dengan ubat gigi.

tajul dirakam makan nasi goreng dengan ubat gigi, peminat terkejut!

Video dirakam ketika mereka sekeluarga sedang bercuti di Thailand baru-baru ini.

 

Menurut isterinya, Nur Shamieza Eddie, Tajul dikatakan teringin untuk makan ubat gigi sejak mereka mula bercuti di negara itu. Dalam video tersebut, Tajul dilihat meletakkan sedikit ubat gigi dalam sudu nasi goreng sebelum memakannya.

tajul dirakam makan nasi goreng dengan ubat gigi, peminat terkejut!

“Tolong, baru dua hari duduk Thailand dah pepelik perangai laki aku ni,” tulis isterinya.

 

@icaaeddie2

Tulunnnnnnn, baru 2 hari dok thailand dah pepelik perangai laki aku ni 🥹🥹🥹

♬ original sound - Upin & Ipin Official

 

Perkongsian video itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen, namun ada yang memahami rasa mengidam yang tidak dapat dikawal seperti ini. Tambah netizen lagi, biasanya ibu mengandung sahaja yang akan mengidam pelik-pelik seperti yang dialami Tajul ini.

tajul dirakam makan nasi goreng dengan ubat gigi, peminat terkejut!

Terdahulu, isteri kepada pelakon Harris Annuar telah berkongsi video yang mana isterinya sedang hamil mengidam untuk bau simen.

harris annuar kongsi video isteri mengidam bau simen

Baca: Harris Annuar Kongsi Video Isteri Mengidam Bau Simen

 

Sumber: Tiktok