Yuna Dedah Ada Syarikat Tempatan Pernah Tolak Lagu Inggerisnya Dulu

Penyanyi dari Malaysia yang kini mencipta nama dipersada dunia, Yuna mendedahkan ada wakil rakaman tempatan pernah menolak permintaannya untuk menghasilkan lagu Inggeris pada awal kemunculannya dulu.

yuna dedah ada syarikat tempatan pernah tolak lagu inggerisnya dulu

Berkongsi kepada peminatnya, insiden itu menjadi pendorong kepada penyanyi berusia 36 tahun ini untuk melebarkan sayap ke Amerika Syarikat (AS) dan kini berjaya dalam karier yang diceburi.

 

"Saya, pada usia 21 tahun berkata kepada seorang eksekutif syarikat rakaman, saya hanya akan menandatangani kontrak dengannya jika dia tolong membawa lagu Inggeris saya ke peringkat antarabangsa.

"Eksekutif dari KL itu kata tiada siapa akan dengar muzik Inggeris saya. Kenapa mereka kena dengar lagu Inggeris yang dihasilkan artis dari Malaysia?" kongsi Yuna di Instagram Story.

yuna dedah ada syarikat tempatan pernah tolak lagu inggerisnya dulu

Dalam perkongsian sama, Yuna berkongsi foto jumlah penstriman sebanyak 70 juta diraihnya setakat ini menerusi platform Apple Music.

 

Sebelum ini, Yuna pernah juga mendapat penstriman 50 juta dalam setahun di 177 buat negara menerusi aplikasi Spotify.

 

Sumber: Yuna