“Moga Kedua-dua Isteriku Tenang,” Syamsul Yusof Kongsi Foto Dua Isterinya

Konflik rumah tangga antara pengarah, Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana kini sudah pun menemui jawapannya.

 

Selepas Syamsul sendiri mengakui bernikah dengan Ira Kazar, ramai warganet meluahkan pendapat mereka sendiri, termasuk ramai juga yang seakan tidak berpuas hati dengan pengarah filem Mat Kilau ini.

 

Terbaharu, Syamsul telah memuatnaik foto menunjukkan kedua-dua isterinya di laman sosial rasmi Instagram beliau.

“moga kedua-dua isteriku tenang,” syamsul yusof kongsi foto dua isterinya

“Morning! Moga kedua-dua isteriku tenang & banyakkan bersabar. Doakan yg baik2,” tulis Syamsul sambil berkongsi foto kedua-dua isterinya, Puteri Sarah Liyana dan juga Ira Kazar.

 

 

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai khususnya rakan artis dan warganet yang rata-rata mendoakan kesejahteraan rumah tangga beliau.

“moga kedua-dua isteriku tenang,” syamsul yusof kongsi foto dua isterinya

Sumber: Instagram