Syamsul dan Puteri Sarah Kini Sah Bercerai Talak Satu

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof kini telah sah bercerai dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, hari ini (14 Jun).

syamsul dan puteri sarah kini sah bercerai talak

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, melafazkan cerai talak satu pada jam 12.25 tengah hari di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

 

Hakim mensabitkan berlakunya penceraian dan memerintahkan Puteri Sarah Liyana untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan.

 

@kosmoonline

 

♬ original sound - Kosmo!

 

Terdahulu, Puteri Sarah sempat mencium tangan Syamsul buat kali terakhir dan kedua-duanya kelihatan tenang.

 

Sumber: Kosmo!