Syamsul Block Sebab Kerap Dimaki, Puteri Sarah Minta Suami Jangan Putar Belit Cerita

Pengarah, Syamsul Yusof berkata tindakannya menyekat nombor isterinya iaitu Puteri Sarah Liyana adalah kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan situasi rumah tangga mereka.

syamsul block sebab kerap dimaki, puteri sarah minta suami jangan putar belit cerita

Menerusi video yang dimuatnaik Syamsul, beliau berkata tindakan menyekat nombor isteri pertamanya itu adalah kerana Puteri Sarah Liyana akan mengeluarkan kata-kata kesat yang boleh membuatkan keadaan menjadi lebih buruk.

 

"Saya menyekat isteri saya kerana tidak suka bergaduh. Macam mana saya nak berkomunikasi dengannya kerana dia sentiasa memaki hamun, engkau aku engkau aku.

"Awak dah tak ada rasa hormat. Saya tidak ada ruang untuk berbicara atau kalau tak ada apa pun awak tiba-tiba Whatsapp maki saya dan saya rasa ia memudaratkan. Sebab itu saya block,” jelas Syamsul.

 

 


Sebelum itu, Sarah berkata beliau telah di block oleh Syamsul hingga tiada ruang untuk mereka berbincang mengenai masalah rumah tangga mereka.

 

Puteri Sarah Liyana menerusi Instastory pula membalas dakwaan Syamsul ini dengan meminta Syamsul agar tidak memutarbelit cerita.

syamsul block sebab kerap dimaki, puteri sarah minta suami jangan putar belit cerita

“Twistlah cerita selagi boleh. Takpelah nak minta lepas pun. Haaa jangan lepas ni twist lagi cerita pulak ‘Sarah yang minta lepas sangat, saya taknak, selama ni saya sayang dia,’

“Enough with the ‘play victim’ drama and blaming,” tulis Puteri Sarah.

syamsul block sebab kerap dimaki, puteri sarah minta suami jangan putar belit cerita

Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah telah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Pada Jumaat lalu, Syamsul pula membuat kejutan apabila mengesahkan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan bapa Ira sendiri iaitu Kazar Saisi. Bagaimanapun pernikahan Syamsul dan Ira Kazar ini tidak mendapat restu daripada Puteri Sarah Liyana, hinggakan tercetusnya konflik rumah tangga mereka.

 

Sumber: Instagram