Sufian Suhaimi Sedang Kenal Hati Budi Seseorang, “Dia Student, Asal Selangor..”

Penyanyi, Sufian Suhaimi, 31, mengakui dirinya kini sedang mengenali hati budi seorang wanita sejak setahun yang lalu.

sufian suhaimi sedang kenal hati budi seseorang, “dia student, asal selangor..”

Kata Sufian, wanita itu bukanlah dari kalangan selebriti sebaliknya merupakan seorang pelajar yang ketika ini sedang melanjutkan pengajian di sebuah institusi tempatan.

 

“Saya sedang mengenali hati budi seseorang dan apa yang boleh saya kongsikan dia adalah orang biasa, bukan daripada kalangan selebriti. Kami kenal tahun lepas.

“Dia seorang student, berasal dari Selangor juga. Tetapi sebenarnya saya kalau boleh tak ingin kongsikan sangat mengenai dia,” katanya.

sufian suhaimi sedang kenal hati budi seseorang, “dia student, asal selangor..”

Bagaimanapun tambah penyanyi itu, fokusnya kini adalah mengenai karier seni dan tidak mahu kisah cinta menjadi topik utama umum.

 

“Lebih baik orang kenal saya dengan karya-karya terbaharu saya. Lagu, lakonan dan sebagainya yang latest tentang saya,” demikian menurut Sufian.

 

Sufian kini tampil dengan lagu berjudul Budi, nyanyian bersama Kmy Kmo & Luca Sickta. Lagu ini sedang menduduki pelbagai carta lagu di negara ini dan muzik videonya juga trending di Youtube.

 

 

Sumber: Astro Gempak