28 Stesen LRT Dicadang Bakal Dibina Di Ipoh, Perak

Penduduk bandar Ipoh bakal menikmati kemudahan Transit Aliran Ringan (LRT) kerana 28 stesen bakal dibina dibandar ini dengan jarak keseluruhan 58 kilometer.

28 stesen lrt dicadang bakal dibina di ipoh, perak

Memetik laporan dari Astro AWANI, cadangan mewujudkan perkhidmatan LRT dua laluan dengan masing-masing 16 stesen itu adalah menerusi Draf Rancangan Tempatan Bandar Raya Ipoh 2035 (Penggantian) yang dikeluarkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

 

Laluan Meru Raya-Ipoh-Batu Gajah meliputi jarak laluan sejauh 30km, manakala laluan Bandar Sunway-Ipoh-Simpang Pulai pula sejauh 28km dan kekerapan perkhidmatan adalah selama enam minit.

 

Stesen laluan pertama yang dirangka ialah di Meru Raya, Jelapang, Manjoi, Silibin, Medan Kidd, stesen utama, UTC Ipoh, Pasir Puteh, Pasir Pinji, Falim, Menglembu, Pengkalan, Station 18, Lahat, Batu Gajah Perdana dan Batu Gajah.

 

Sementara stesen laluan kedua pula ialah di Bandar Sunway, Tambun, Ipoh Garden, Stadium, Hospital, Medan Raya kemudian melalui stesen utama dan ke stesen Maju Rapat, Medan Gopeng, Gunung Rapat, Taman Chempaka, Ampang dan Simpang Pulai.

 

LRT itu bakal menghubungkan bandar-bandar utama di dalam kawasan Bandar Raya Ipoh dan dijangka menjadi pilihan penduduk tempatan untuk bergerak termasuk ke tempat kerja.

 

Perkhidmatan LRT ini juga bakal disokong dengan kemudahan bas rapid transit, rem, bas serta teksi. Bagaimanapun kos dan tempoh pembinaan hab pengangkutan itu masih dalam peringkat kajian.

 

Sumber: [1]