Soo Wincci Bakal Jadi Profesor Di Universiti China Mulai Tahun Depan

Selebriti tanah air, Dr Soo Wincci, 38, bakal mencipta nama tersendiri selepas dilapor melebarkan kerjaya akademiknya sebagai profesor di University of Nottingham, Ningbo di China, mulai tahun depan.

soo wincci bakal jadi profesor di universiti china mulai tahun depan

Soo Wincci yang kini pensyarah di Universiti Multimedia (MMU) berkata, beliau memang sudah tetapkan untuk tidak terikat terlalulama dalam institusi tertentu kerana mahu menimba pengalaman berbeza.

 

"Perancangan saya sekarang adalah berkhidmat di MMU untuk setahun dulu. Tahun depan, saya ke China sebagai pengarah dan profesor untuk latihan terlebih dulu. Sekarang berada di fasa terakhir untuk temuduga.

"Selepas itu, saya tengoklah macam mana. Sebab sekarang tawaran adalah dibuat secara tahunan. Saya pun tidak mahu terikat sangat lama. Setiap tahun saya nak pergi tempat berbeza," katanya.

 

Katanya, dia perlu ke negara itu sebelum usianya 40 tahun kerana peraturan di China menetapkan sebegitu.

soo wincci bakal jadi profesor di universiti china mulai tahun depan

"Mereka juga ada sukatan untuk jawatan doktor. Sekarang berada di fasa terakhir untuk temuduga," katanya lagi.

 

Terdahulu, Soo Wincci pernah dipilih oleh Hollywood Independence Critica sebagai Top 100 wanita yang paling tercantik di dunia. Beliau berkelulusan undang-undang dari Universiti Reading (UK), pemegang MBA dari Universiti Sunshine Coast dan mempunyai doktor falsafah PhD dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia.

 

Beliau juga mencipta nama dalam Malaysia Book of Records sebagai Miss World Malaysia pertama yang menerima pengiktirafan PhD dan sebagai yang pertama menjadi Associate Profesor.

 

Sumber: HMetro