Siti Saleha Dah Move On, Tapi Enggan Terburu-Buru Fikir Pasal Kahwin

Pelakon, Siti Saleha memberitahu enggan terburu-buru dalam soal merancang kembali rumah tangga.

siti saleha dah move on, tapi enggan terburu-buru fikir pasal kahwin

Ujar pemilik nama sebenar Siti Saleha Mohd Baharum, 33, beliau kini dalam proses berkenalan dengan kekasih hati yang dikenali sebagai Joshua.

 

Katanya, beliau dan Joshua juga belum pernah lagi membincangkan soal masa depan iaitu berkahwin, malah Saleha sendiri enggan terlalu cepat dan mengulang kesilapan lama.

ruang komen penuh simbol hati, siapa lelaki sebelah siti saleha ini?

Siti Saleha dan Joshua telah mulai berkenalan rapat pada pertengahan tahun lalu dan kata Saleha, Joshua adalah seorang yang sentiasa menyokong kerjayanya dan tidak pernah bermasalah untuk sama terkena tempias populariti.

 

Tambah Saleha lagi, beliau juga sudah move on daripada kegagalan hubungannya sebelum ini dan perlukan teman untuk hidup.

 

Terdahulu, Siti Saleha telah bercerai dengan bekas suaminya, Ahmad Lutfi Azhar pada Januari lalu selepas berkahwin pada 2017.

 

Sumber: Mstar