Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi telah membuatkan ramai rakyat Malaysia berasa sebak, terpegun dan bangga.
Ia selepas penyanyi itu membuat persembahan khas pada konsert A.R Rahman – Secret of Success Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.
Apa yang membezakan persembahan Siti kali ini dengan persembahannya yang terdahulu adalah beliau telah memukau lebih 60,000 penonton di konsert itu menerusi sebuah lagu berbahasa Tamil.
Lagu yang berjudul Munbe Vaa alunan Datuk Seri Siti Nurhaliza ini juga telah membuatkan carian nama beliau menjadi trending di Twitter baru-baru ini.
Konsert A.R Rahman ini telah mendapat sokongan hebat bukan sahaja di Malaysia, malah negara lain termasuk Singapura, India, Dubai, Vietnam, Indonesia, United Kingdom, Thailand, Australia, Sri Lanka, Saudi Arabia dan banyak lagi.
Sumber: Twitter