Nama Singkatan Terpanjang Di Dunia Rupanya Ada Pada Jalan Di Teluk Intan

Tahukah anda terdapat satu jalan di Teluk Intan, Perak yang memiliki singkatan nama terpanjang di dunia?

 

Jalan yang disebut sebagai Jalan SKOMKHPKJCDPWB ini merupakan nama singkatan terpanjang di dunia, merujuk kepada nama Syarikat Orang-Orang Melayu Kerajaan Hilir Perak Bekerja Sama-Sama Kerana Jimat Cermat Simpanan Dan Pinjaman Wang Dengan Tanggungan Berhad.

nama singkatan terpanjang di dunia rupanya ada pada jalan di teluk intan

Disebabkan singkatan nama ini terlalu panjang, maka nama jalan ini dipendekkan sedikit menjadi Jalan SKOMK.

 

“Saya masih ingat membaca tentang nama yang tertulis dalam Rekod Dunia Guinness (GWR) sebagai singkatan terpanjang di dunia semasa zaman persekolahan saya. Saya berasa bangga kerana ia terletak di Teluk Intan.

"Saya telah berusaha untuk mendapatkan kelulusan Majlis Perbandaran Teluk Intan bagi menggunakan nama itu sebagai tarikan pelancong.

“Saya juga bersetuju untuk memperuntukkan RM20,000 untuk memasangnya, bersama papan maklumat yang memperincikan kapal karam di Sungai Perak, di mana dandangnya masih boleh dilihat semasa air surut,” kata ADUN Pasir Bedamar RN Terence Naidu.

nama singkatan terpanjang di dunia rupanya ada pada jalan di teluk intan

Tambah Terence lagi, selain singkatannya sahaja, beliau juga merancang untuk menjadikan nama jalan itu sebagai nama paling panjang di dunia.

 

Sumber: The Star