Shila Amzah Gembira Kini Ada Suami Disisi Sebelum dan Lepas Bangun Tidur

Penyanyi terkenal, Shila Amzah mengakui kehidupan rumah tangganya bersama pempengaruh, Ubai, adalah suatu yang menakjubkan.

kahwin dengan wanita lebih berusia, ubai dituduh netizen beli motor guna duit isteri

Shila menerusi Instastory baru-baru ini menjawab persoalan dari peminat, meluahkan rasa gembira apabila suami sentiasa ada disisi ketika sebelum dan selepas bangun daripada tidur.

 

“Ia sangat menakjubkan setakat ini, sejujurnya mengambil sedikit masa lagi untuk membiasakannya.

“Tetapi bahagian paling saya suka adalah bila bangun tidur ada disebelahnya dan orang terakhir saya lihat sebelum saya tidur. Alhamdulillah,” kongsi Shila.

 

Terdahulu, Shila selamat bergelar isteri kepada Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau lebih dikenali dengan panggilan Ubai, dalam satu majlis pernikahan di Boathouse, Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu. Pasangan itu sebelumnya selamat bertunang pada 27 Mei lalu.

majlis bertunang kejutkan ramai, ubai, shila amzah rancang nikah tahun ini

Sumber: Instagram / Gempak