Digosip Bercinta, Shila Amzah Anggap Amir Masdi Macam Adik

Beberapa hari lalu, timbul gosip dan cakap-cakap yang mengaitkan penyanyi, Amir Masdi bersama salah seorang peserta Gegar Vaganza 9 (GV9), Shila Amzah.

digosip bercinta, shila amzah anggap amir masdi macam adik

Entah dari mana timbul gosip ini, Shila Amzah tidak melatah dan kemudiannya tampil menafikan kenyataan itu.

 

Ujar pemilik nama sebenar NurShahila binti Amir Amzah, 32, beliau mengenali Amir melalui adiknya dan sering bermain futsal serta badminton bersama.

 

Malah, Shila turut menganggap Amir seperti adik memandangkan beza usia mereka sebanyak enam tahun.

digosip bercinta, shila amzah anggap amir masdi macam adik

“Saya kenal Amir daripada adik saya… mereka memang kawan yang selalu bermain futsal dan badminton bersama. Umur dia pun lebih muda daripada adik saya.

“Jadi saya anggap macam adik saja, beza umur pun enam tahun. Saya rasa kelakar la bila gosip itu keluar. Tapi kami memang kawan saja,” ujarnya.

 

Dalam perkembangan lain, Shila Amzah menduduki tempat kedua dalam senarai peserta GV9 pada minggu ketujuh dengan markah 84.10, selepas Bob menjuarai persembahan minggu itu.

 

Sumber: Gempak