ERA Perkenalkan Segmen Baru Bersama Personaliti Baru Mulai 18 Julai

Jenama radio nombor 1 di Malaysia, ERA kini telah memperkenalkan barisan personaliti baru dengan pengisian terkini mulai 18 Julai ini.

.

Bermula 18 Julai, segmen pagi baharu iaitu ‘3 Pagi ERA’ yang menampilkan tiga jejaka versatil iaitu Nabil Ahmad, Azad dan Radin akan mula keudara seawal jam 6 hingga 10 pagi. Segmen ini juga akan membincangkan pelbagai topik semasa, interaksi bersama peminat dan tawa jenaka dengan pengisian baru.

era perkenalkan segmen baru bersama personaliti baru mulai 18 julai

Antara pengisian baharu yang bakal ditampilkan ‘3 Pagi ERA’ nanti adalah Lagu Berantai, Flex Jap, CeKePi, Sembang dan Lu Pikir.

.

Selain itu, segmen ‘101 ERA’ bermula jam 4 hingga 8 malam akan menampilkan gandingan hebat personaliti radio Haniff dan Ray dengan pengisian seperti Topik, Teacher Teacher dan Lirik Petik, pasti membuatkan pendengar tidak sabar untuk bersama mereka setiap Isnin hingga Jumaat.

.

Hiburan diteruskan pada jam 8 hingga 12 malam bersama gandingan Munaa Bella dan personaliti baharu, Fazziq Muqris dalam segmen ‘Daebak ERA’, bakal menceriakan malam peminat dengan pengisian seperti Hanguko, Pentas Daebak, Top 20 dan TikTok 10 ERA.

era perkenalkan segmen baru bersama personaliti baru mulai 18 julai

Sementara itu, Danial dan Isha Norsham masih kekal pada segmen mereka iaitu Port ERA (10 pagi hingga 1 petang) dan Gempak Hit ERA (1 hingga 4 petang), yang pastinya kedua-dua segmen ini akan memberikan pengisian terbaik kepada semua pendengar setia ERA.

.

Tak terhenti disitu, hujung minggu pendengar ERA bakal disajikan dengan kira turun kedudukan lagu dalam terbaik dalam ‘Carta ERA 40’ dan berhibur dengan segmen-segmen menarik seperti ‘The best of 3 Pagi ERA’, ulangan babak-babak terbaik; ‘Hallyu ERA’, pilihan 10 lagu terbaik Korea dari permintaan pendengar; ‘Flow ERA’, lagu-lagu bergenre Hip Hop & Rap dari artis tempatan dan luar negara; serta ‘Non Stop ERA’, putaran lagu-lagu popular tanpa henti.

.

Strim ERA menerusi aplikasi S-Y-O-K secara percuma! Download je aplikasi SYOK terus di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei Gallery.