Dulu Pernah Kena Ejek, Rumah Kelong Kini Terapung Selamat Dari Banjir

Beberapa bulan lalu, sebuah rumah yang dibina oleh seorang warga emas ini pernah mendapat kritikan malah diejek oleh segelintir individu.

dulu pernah kena ejek, rumah kelong kini terapung selamat dari banjir

Namun kini rumah kelong atau disebut juga sebagai rumah terapung milik pasangan warga emas ini telah menyelamatkan mereka daripada ditenggelami air banjir.

dulu pernah kena ejek, rumah kelong kini terapung selamat dari banjir

Segalanya bermula apabila A. Bakar Che Ahmad, 67, membuat ubahsuai rumahnya bersama isteri, Fatimah Salleh, selepas mendapati rumah mereka semakin usang apabila sering ditenggelami air banjir saban tahun.

 

Ekoran itu, rumah serta reban yang dibuat daripada kayu telah disokong oleh 69 biji tong plastik yang berfungsi sebagai pelampung apabila tibanya musim banjir.

dulu pernah kena ejek, rumah kelong kini terapung selamat dari banjir

Tambah beliau, kos pembinaan rumah kelong itu memakan perbelanjaan kira-kira RM47,000 dengan sokongan daripada tujuh orang anaknya.

dulu pernah kena ejek, rumah kelong kini terapung selamat dari banjir

Kini banjir telah kembali melanda kampungnya yang terletak di Kampung Tebak, Air Putih, di Kemaman, Terengganu. Namun, hasil idea dan inovasi kreatif ini telah menyelamatkan harta benda serta nyawa beliau dan isterinya daripada musibah ini.

 

Video dikongsikan oleh salah seorang anaknya menerusi platform Tiktok:

 

@jimat_fishing2 Membalas kepada @jimat_fishing2 rumah kelong berjaya terapung.. semoga menjadi inspirasi pada org ramai...😊.. #rumahkelong #rumahterapung #berjaya #jimatfishing #zaliefishing #fyp #fypシ #fypシ゚viral #allahyangpunya ♬ bunyi asal - tututututu - Katak gemoy

 

Dalam hantaran berkenaan, rumah itu diikat pada dua tiang setinggi enam meter yang dibina pada sisi kiri dan kanan. Ia bertujuan memastikan rumah itu tidak hanyut, selain mengambil kira pelbagai faktor termasuk kelajuan arus banjir sebelum membinanya.

 

Rata-rata warganet memuji hasil usaha keluarga ini dalam memastikan harta benda serta nyawa ahli rumah dapat diselamatkan ketika musim banjir seperti sekarang ini.

dulu pernah kena ejek, rumah kelong kini terapung selamat dari banjir

Sumber: Kosmo! (Nik Nur Izzatul Hazwani Nik Adnan), TikTok @jimat_fishing2